Pengkaji Jepun Mengatakan Malaysia Mampu Jana US$1.589 Bilion Setahun Jika Projek HSR Dilaksanakan


Malaysia mampu menjana US$1.589 bilion pada setahun pada tahun 2030 hasil daripada projek keretapi laju Kuala Lumpur-Singapura (HSR). Mengikut kajian para penyelidik Jepun dari Japan's Institute of Developing Economies (IDE) ini, hasil ini bernilai dua kali ganda berbanding nilai yang akan diperolehi Singapura iaitu US$641 juta setahun. 

Kajian ini dibentangkan oleh Yusof Ishak, salah seorang pengkaji dari ISEAS yang bekerjasama dengan IDE. Menurut pengarah IDE, Satoru Kumagai, kajian oleh Kazunobu Hayakawa dan Ikumo Isono ini berdasarkan kepada empat senario yang akan memberikan impak berbeza ke atas ekonomi Malaysia. 

Johor, Kuala Lumpur dan Selangor akan menerima faedah ekonomi terbesar jika projek HSR diteruskan. Sektor perkhidmatan akan menjana RM7.74 bilion pada tahun 2030. Walaubagaimanapun, sektor pembuatan seperti elektrik dan elektronik akan menerima impak negatif daripada projek HSR iaitu daripada RM679 juta kepada RM468 juta. 

Senario ini berdasarkan andaian bahawa projek keretapi peluru dilaksanakan dengan gabungan keseluruhan perkhidmatan keretapi domestik dari Kuala Lumpur ke Iskandar, Johor meliputi laluan KL-Putrajaya-Seremban-Ayer Keroh-Muar-Batu Pahat-Iskandar seterusnya perkhidmatan ulang alik antara Iskandar dan Singapura serta perkhidmatan ekspres dari Kuala Lumpur ke Singapura. Ia bergantung kepada pemotongan separuh daripada sekatan bukan tarif dua hala dalam sektor perkhidmatan. Impak ini akan meningkatkan ekonomi Malaysia sebanyak 60 peratus berbanding jika sekatan bukan tarif sepenuhnya dilakukan. 

Jika projek HSR ini hanya melibatkan stesen perhentian KL dan Singapura, Johor akan menerima impak negatif. Melaka dan Negeri Sembilan pula menerima kesan negatif jika stesen perhentian hanya dibangunkan di KL, Johor dan Singapura. 

Kerajaan Pakatan Harapan memutuskan untuk menangguhkan projek HSR susulan ketidakmampuan ekonomi negara. Kos keseluruhan bagi laluan HSR sepanjang 350 kilometer ini dijangka menelan kos terlalu tinggi iaitu sebanyak RM110 bilion.Jumlah ini terlalu tinggi kerana kerajaan sedang berusaha mengurangkan hutang negara yang dianggarkan mencecah RM1.0 trilion.  

Baca hasil kajian penuh yang disediakan pihak ISEAS di sini 

Movie Trailer Videos

Fashion Videos

Headline News

Traveling Videos

Copyright © THE KAITO. Designed by OddThemes