Mozilla Firefox Singkir 23 Sambungan Intip Maklumat Pengguna Secara Rahsia

Kredit Foto : Mozilla Firefox

Mozilla Firefox menyingkirkan 23 add-ons Firefox setelah dikenalpasti berpotensi melakukan aktiviti memantau tabiat melayari internet pengguna secara rahsia. Kesemua add-ons ini telah dimuat turun lebih 220,000 kali oleh pengguna.

Beberapa hari sebelum penyingkiran ini, Mozilla telah menyenaraikan 14 sambungan yang boleh dimuat turun bagi cadangan pelayaran internet secara privasi dan selamat. Analisis yang dijalankan oleh seorang penganalisis keselamatan siber, Mike Kuketz mendedahkan bahawa sambungan ini mampu menjalankan aktiviti pemantauan secara rahsia terhadap pengguna dan data yang diperolehi dihantar ke server dipercayai berpangkalan di German menggunakan alamt IP 136.243.163.73.

Walaupun sambungan add-ons Mozilla Firefox dikatakan baik untuk melindungi pengguna dari ancaman jenayah siber, namun maklumat pemantauan yang dilakukan bukan sekadar mengutip maklumat URL yang dilawati pengguna. Analisis Mike Kuketz mendapati ia turut menghantar data pengguna melalui sambungan HTTP yang berupaya dipintas oleh penyerang siber berbanding melalui sambungan HTTPS.

Movie Trailer Videos

Fashion Videos

Headline News

Traveling Videos

Copyright © THE KAITO. Designed by OddThemes