SpaceX & Boeing Bersedia Hantar Angkasawan Ke ISS Pada April 2019


Foto : Official SpaceX Photos
NASA ingin menghentikan kebergantungannya terhadap Rusia dalam misi menghantar angkasawan ke International Space Station (ISS). Sebaliknya akan memilih syarikat aeroangkasa, SpaceX dan Boeing dalam melaksanakan misi tersebut.


Pada tahun 2014, U.S telah membayar sejumlah USD$ 2.6 bilion kepada SpaceX dan USD$ 4.2 bilion kepada Boeing untuk merekabentuk dan membina kapal angkasa yang boleh membawa angkasawan U.S ke ISS.

Pada peringkat awal, SpaceX dan Boeing masing-masing meramalkan akan menghantar angkasawan pada tahun 2016 dan 2017. Penangguhan ini terus berlanjutan dengan jangkaan menjelang November atau Disember 2018. 

Terbaharu, pihak NASA mengemaskini kembali di laman blog NASA tarikh jangkaan pelancaran kedua-dua kapal angkasa dan roket bagi Boeing dan SpaceX.

Demo pelancaran kapal angkasa tanpa krew dijangka dilancarkan pada November 2018 oleh SpaceX. Manakala Boeing dijangka melaksanakan pada akhir 2018 atau awal 2019.

Bagi pelancaran kapal angkasa bersama krew angkasawan pula, SpaceX akan melancarkan pada April 2019. Manakala Boeing dilancarkan pada pertengahan 2019.

Pelancaran kapal angkasa tanpa krew ini sebenarnya merupakan demonstrasi bagi memastikan sistem kapal angkasa kedua-dua syarikat ini memenuhi keperluan keselamatan dan misi NASA. Selepas ujian pelancaran tanpa krew ini, barulah kedua-dua pelancaran kapal angkasa bersama krew dilancarkan ke ISS. 


Movie Trailer Videos

Fashion Videos

Headline News

Traveling Videos

Copyright © THE KAITO. Designed by OddThemes