Amazon Unggul Sebagai Syarikat Termahal Di Dunia Kini Bernilai Hampir USD$ 1.0 Trilion




Untuk pertama kali, Amazon mencatatkan jumlah pendapatan tertinggi diperolehi sehingga bagi suku kedua tahun 2018 dengan keuntungan sebanyak USD$2.5 bilion. Peratusan keuntungan ini meningkat sehingga 1200% berbanding setahun yang lalu iaitu cuma USD$197 juta. Ini adalah suku ketiga berturut-turut dimana Amazon berjaya mencatatkan keuntungan melebihi USD$1.0 bilion.

Sebahagian besar keuntungan diperolehi melalui Amazon Web Service terutamanya jualan perkomputeran awam atau cloud computing. AWS mencatatkan jualan keseluruhan USD$6.0 bilion berbanding USD$ 4.1 bilion tahun lepas. AWS kini mendominasi pasaran perkomputeran awan mengatasi pesaing gergasi lain iaitu Microsot dan Google. Margin keuntungan AWS dicatatkan lebih tinggi berbanding lain-lain produk jualan Amazon.

Menurut Dan Morgan, pengurus senior di Synovus Trust, Amazon Web Service umpama peluru utama bagi perkembangan Amazon pada masa akan datang. 

Selain AWS, bahagian pengiklanan jualan turut menyumbang kepada keuntungan pendapatan Amazon. Momentum bahagian pengiklanan Amazon meningkat selepas Facebook dan Google dikaitan dengan isu panas skandal ketirisan data pengguna dan penyebaran berita palsu di platform mereka. 

Walaubagaimanapun, catatan keuntungan pendapatan ini tidak termasuk bagi jualan Prime Day yang diadakan secara besar-besaran pada 16 sehingga 18 Julai 2018 yang lalu. Lebih 100 juta produk terjual pada Jualan Prime Day kali ini sehingga sehingga menyebabkan laman Amazon tergendala beberapa jam berpunca daripada kesesakan trafik yang terlalu tinggi. 

Awal Julai ini, nilai pasaran Amazon meningkat kepada hampir USD$ 1.0 trilion sekaligus berjaya menjadi syarikat paling bernilai di dunia mengatasi pencabar syarikat gergasi dunia, Apple. 


Movie Trailer Videos

Fashion Videos

Headline News

Traveling Videos

Copyright © THE KAITO. Designed by OddThemes