UiTM Lancar Satelit Nano Pertama Ke Orbit Menerusi Kapal Angkasa Space X Falcon 9 Yang Dimiliki Elon Musk


Foto : Universiti Teknologi MARA - Media FB Rasmi

Universiti Teknologi Mara (UiTM) mencipta sejarah sebagai universiti pertama di Malaysia melancarkan nano-satelit ciptaan pertama mereka dari Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) ke orbit.

Satelit UiTMSAT-1 berbentuk kiub berskala kecil bersaiz 10 cm ini dilepaskan ke orbit pada 10 Ogos 2018 yang lalu pada jam 5.45 petang waktu tempatan.

Nano-satelit telah dihantar ke ISS pada 29 Jun 2018 yang lalu menerusi roket Space X Falcon 9 yang dilancarkan dari stesen Tentera Udara Cape Canaveral, Florida, United States.

Nano-Satelit UiTMSAT-1 merupakan hasil ciptaan dua orang pelajar Malaysia iaitu Syazana Basyirah Mohamad Zaki and Muhammad Hasif Azami dengan kerjasama Institut Teknologi Kyushu, Jepun, dimana kedua-dua pelajar ini sedang menuntut.

Foto : Selangorkini
Ketua Pengarah Kementerian Pendidikan Tinggi, Datin Paduka Ir. Dr.Siti Hamisah Tapsir turut menyaksikan detik bersejarah itu secara langsung di UiTM Shah Alam menerusi siaran langsung yang dipancarkan dari Agensi Penerokaan Angkasa Lepas Jepun (JAXA)

Satelit nano yang dilancarkan itu mampu membuat ramalan bencana alam di daratan bahagian semenanjung, Sabah serta Sarawak malah menjangkau kawasan lautan sehingga sejauh 800 kilometer persegi.

Pada 2016, Syazana dan Muhammad Hasif bersama sembilan pelajar lain terlibat dalam program yang dinamakan BIRDS-2 di Institut Teknologi Kyushu, Jepun untuk membangunkan nano-satelit bersama dua lagi negara yang terlibat iaitu Filipina dan Bhutan.


Movie Trailer Videos

5 Berus Gigi Paling Lembut Untuk Permulaan Bayi & Kanak-Kanak

Memilih berus gigi permulaan untuk seorang bayi dan kanak-kanak adalah penentu sama ada ibu bapa berjaya atau tidak menerapkan nilai-nilai kebersihan oral dalam diri anak-anak. Pembelajaran awal mereka tentang sesuatu perkara bermula dari ...
30 Oct 2018undefined

Fashion Videos

Headline News

Traveling Videos

Copyright © 2025 THE KAITO. Designed by OddThemes