Selepas Menawarkan Kapal Selam Mini Dalam Misi Menyelamat Wild Boar, Elon Musk Bersedia Membantu Krisis Bekalan Air Flint



Setelah memberi idea membina kapal selam mini dalam kerja-kerja menyelamat anggota bola sepak Wild Boar di Thailand, Elon Musk kini bersedia membantu satu lagi isu. Kali ini berkaitan tentang masalah bekalan air di Flint, iaitu salah sebuah bandar yang terletak di Michigan, United States. Ia lebih dikenali sebagai Flint Water Crisis. Krisis ini telah berlarutan sejak tahun 2014 sehingga memberi pelbagai masalah terutama melibatkan kesihatan di kalangan penduduk.


Krisis air Flint bermula apabila sumber air minuman dialihkan daripada air tasik Huron dan Sungai Detroit kepada Sungai Flint. Air yang tidak dirawat dengan secukupnya menyebabkan kesan kerosakan kepada paip air yang mengalirkan air minuman kepada penduduk. Saluran air paip menjadi berkarat kerana tidak menggunakan bahan anti karat. Ini menyebabkan air yang dibekalkan kepada penduduk kotor dan berwarna kekuningan.


Beribu-ribu kanak-kanak berhadapan dengan masalah kesihatan yang serius dan jumlah mereka meningkat setiap tahun. Pihak kerajaan persekutuan tidak terlepas daripada aduan tindakan undang-undang yang dilaporkan olehpenduduk berpunca dari masalah ini. Pada April 2018, pihak jabatan kualiti alam sekitar Michigan menyatakan bahawa isu masalah air ini sebenarnya telah pun diselesaikan. Tetapi penduduk masih lagi skeptikal dan menganggap isu ini belum diatasi memandangkan bekalan air masih berada pada tahap yang kotor.



Ikrar Musk untuk membantu penduduk Flint berhadapan dengan masalah air ini mendapat reaksi yang positif dari kalangan pengguna media sosial selepas beliau mengumumkan tawaran membantu mengatasi krisis air Flint menerusi Twitter. Di kalangan penduduk pula, mereka menawarkan idea khidmat tukang paip bahkan menawarkan bantuan yang diperlukan jika pemasangannya melibatkan rumah-rumah penduduk.









Movie Trailer Videos

Fashion Videos

Headline News

Traveling Videos

Copyright © THE KAITO. Designed by OddThemes