Korea Utara Sedia Berubah Jadi Sebuah 'Negara Normal'





Korea Utara ingin jadi sebuah negara normal yang diiktiraf dan dikenali oleh Amerika Syarikat - kata penasihat Presiden Korea Selatan Chung in-Moon dalam satu temuramah media oleh CNN.

Semasa pertemua jamuan makan malam sidang kemuncak bersejarah antara pemimpin Korea Utara Kim Jong Un dan  Presiden Korea Selatan Moon Jae-in, pegawai rasmi Korea Selatan itu berkata, negara regim itu ingin menjadi sebuah ' negara normal' dan moden dari segi ekonomi.


Mereka mengalu-alukan pelabur terutama dari Amerika Syarikat sebagai penaja dan konsortium pelbagai hala bagi negara Korea Utara.


Sebagai contoh, Korea Utara akan mengalu-alukan rangkaian restoran Mc Donalds memasuki pasaran negara regim itu. Sehingga kini, Korea Utara adalah antara beberapa negara yang rakyatnya belum pernah merasai keenakan burger Big Mac dan ayam goreng Mc Donalds.


Presiden Kim dan Moon dalam sidang kemuncak bersejarah itu juga  menandatangani deklarasi bersama yang menggariskan matlamat kolektif mereka ke arah penolakan terhadap pembinaan dan pelancaran senjata nuklear dan menandatangani perjanjian damai antara dua negara tersebut.


Presiden Kim dan Moon menunjukkan kemesraan dengan berbalas senyuman dan pelukan untuk kali pertama dalam tempoh hampir 11 tahun ini.


Korea Utara kini akan memberi tumpuan terhadap perkembangan ekonomi dan matlamat baru yang lebih optimis. Presiden Kim juga dijangka akan mengadakan pertemuan dengan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump untuk membincangkan penyelesaian terhadap isu pencegahan senjata nuklear. Korea Utara bersedia melepaskan isu keras berkaitan senjata nuklear jika menerima syarat yang sesuai dari pihak Amerika Syarikat.


Korea Utara sebelum ini amat yakin dengan kekuatan senjata nuklear negara itu dan percaya Amerika Syarikat tidak boleh menyerang Korea Utara.


Movie Trailer Videos

Fashion Videos

Headline News

Traveling Videos

Copyright © THE KAITO. Designed by OddThemes