Memilih berus gigi permulaan untuk seorang bayi dan kanak-kanak adalah penentu sama ada ibu bapa berjaya atau tidak menerapkan nilai-nilai kebersihan oral dalam diri anak-anak. Pembelajaran awal mereka tentang sesuatu perkara bermula dari apa yang dipegang dan dilihat.
Oleh itu, memilih berus gigi pertama untuk bayi dan kanak-kanak sememangnya penting supaya mereka tidak merasa malas dan bosan menjaga kebersihan oral. Ini kerana, risiko kanak-kanak kepada penyakit oral seperti sakit gusi dan gigi adalah lima puluh peratus lebih tinggi dari kita orang dewasa.
Bagi ibu bapa yang masih samar-samar memilih berus gigi pertama untuk bayi dan kanak-kanak, LIMA senarai berus gigi ini pilihan terbaik untuk anda.
