Home Gajet Apple Bakal Mengeluarkan Versi MacBook Air Pada Harga Lebih Rendah
Apple Bakal Mengeluarkan Versi MacBook Air Pada Harga Lebih Rendah
Oleh Liani Aziz • August 22, 2018
Apple bakal mengeluarkan komputer riba MacBook Air pada harga lebih rendah. Model 'low cost' menyamai komputer riba MacBook Air yang masih dalam pembangunan ini merupakan rekaan kemaskini bagi MacBook Air. Rekaannya lebih nipis dengan paparan retina beresolusi tinggi dan skrin 13 inci.
Kali terakhir Apple menjalankan kemaskini ke atas MacBook Air ialah pada tahun 2017 iaitu dengan meningkatkan kelajuan pemprosesan. Kos terkini bagi MacBook Air berada dalam lingkungan RM3000 - RM4000 tetapi bukan merupakan skrin beresolusi tinggi.
Menurut Apple, MacBook Air baru berkos rendah ini disasarkan bagi pengguna yang mencari produk komputer riba berjenama Apple pada harga mampu milik serta mensasarkan pembelian secara pukal untuk kegunaan di sekolah bagi para pelajar.
Sumber : Bloomberg
Movie Trailer Videos
5 Berus Gigi Paling Lembut Untuk Permulaan Bayi & Kanak-Kanak
Memilih berus gigi permulaan untuk seorang bayi dan kanak-kanak adalah penentu sama ada ibu bapa berjaya atau tidak menerapkan nilai-nilai kebersihan oral dalam diri anak-anak. Pembelajaran awal mereka tentang sesuatu perkara bermula dari ...30 Oct 2018undefined