Home teknologi & sains Google Glass Kembali Dengan Teknologi Kepintaran Buatan
Google Glass Kembali Dengan Teknologi Kepintaran Buatan
Oleh Liani Aziz • July 26, 2018
Jika anda masih ingat, pada tahun 2013, Google pernah membangunkan Project Glass atau dikenali juga sebagai Google Glass. Peranti berbentuk kaca mata ini bertindak seperti telefon pintar yang dibangunkan dengan aplikasi Google sedia ada seperti Google Maps, Google+, Google Now, Gmail serta beberapa aplikasi lain termasuk aplikasi berita, pengenalan wajah, manipulasi foto, perkongsian dan sosial media seperti Facebook dan Twitter.
Selepas dipasarkan kepada umum pada tahun 2014, Google Glass menerima kritikan hebat serta tidak terlepas dari tindakan undang-undang kerana peranti tersebut dikatakan sebagai faktor pemecah privasi dan keselamatan.
Tahun berikutnya, Google mengumumkan untuk menghentikan pengeluaran prototaip Google Glass tetapi menyambung semula dengan edisi Google Glass Enterprise pada tahun 2017.
Terbaharu, Google sedang bekerjasama dengan sebuah syarikat perisian Israel berasaskan Kepintaran Buatan, Plataine untuk memajukan Google Glass menerusi teknologi Kepintaran Buatan atau Artificial Intelligence (AI) dengan kolaborasi Google Cloud. Kali ini Google mensasarkan teknologi baru Google Glass ini kepada sektor industri perkilangan. Ia tidak lagi mensasarkan pengguna awam sebagai pengguna utama.
Menurut Jennifer Bennet, pengarah teknikal divisi Google Cloud, menambahciri perkhidmatan perkomputeran awan Google Cloud bagi Google Glass akan membantu mencetuskan revolusi baru di kalangan para pekerja industri perkilangan dimana penggunaan komputer riba dan telefon pintar akan menjadi janggal.
Google Glass yang bersifat hands-free akan memudahkan para pekerja melaksanakan tugas, membuat kerja-kerja pendokumentasian serta menyediakan laporan berkaitan. Sebagai contoh, isu pemilihan material bagi operasi pengeluaran yang memerlukan perhatian segera akan dapat diselesaikan dengan mudah menerusi apa yang dicadangkan oleh peranti Google Glass. Ia juga mampu menjimatkan masa dan meminimumkan kesilapan yang biasa terjadi menerusi kaedah manual.
Movie Trailer Videos
5 Berus Gigi Paling Lembut Untuk Permulaan Bayi & Kanak-Kanak
Memilih berus gigi permulaan untuk seorang bayi dan kanak-kanak adalah penentu sama ada ibu bapa berjaya atau tidak menerapkan nilai-nilai kebersihan oral dalam diri anak-anak. Pembelajaran awal mereka tentang sesuatu perkara bermula dari ...30 Oct 2018undefined